Dengan mendaftar sebagai Ejen Affiliate Pusat Tuisyen Dynamind anda secara sah bersetuju untuk mematuhi semua syarat, peraturan, dan ketetapan yang termaktub di bawah. Kegagalan mematuhi syarat ini boleh mengakibatkan akaun anda disekat serta-merta tanpa sebarang notis.
1. KELAYAKAN & PENDAFTARAN EJEN
- Maklumat Sah: Pemohon wajib memberikan maklumat peribadi, akaun bank, dan maklumat emel & telefon yang betul dan sah semasa pendaftaran.
- Satu Akaun: Setiap individu hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun affiliate sahaja.
2. KAWALAN PROSES JUALAN & TRANSAKSI
- Pautan Khas (Affiliate Link): Semua jualan wajib dilakukan melalui pautan affiliate rasmi yang disediakan oleh sistem kami.
- Larangan Jualan Terus (Direct Selling): Ejen DILARANG SAMA SEKALI menerima bayaran terus (pindahan tunai/online transfer) ke akaun bank peribadi ejen daripada pembeli.
- Harga Standard: Ejen wajib menjual e-buku pada harga yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Sebarang potongan harga atau bonus tambahan tanpa kebenaran adalah dilarang.
3. PERLINDUNGAN HAK CIPTA & ANTI-PLAGIAT
- Hak Milik Terpelihara: Semua e-buku (sama ada terbitan kami atau vendor luar) adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.
- Larangan Plagiat & Cetak Rompak: Ejen dilarang keras menyalin, mengubah suai, mengitar semula, atau menjual semula isi kandungan e-buku ini sebagai produk peribadi atau di bawah jenama lain.
- Bahan Pemasaran: Ejen hanya dibenarkan menggunakan bahan pemasaran (marketing kit) rasmi yang disediakan kami.
4. PEMBAYARAN KOMISEN & PENALTI
- Sistem Komisen: Komisen hanya akan dikira secara automatik oleh sistem kami sekiranya pembeli membuat bayaran penuh menerusi gerbang pembayaran (payment gateway) sah di laman web kami.
- Pembekuan Komisen: Pihak pengurusan berhak membekukan kesemua baki komisen dan membatalkan keahlian ejen serta-merta sekiranya ejen didapati melanggar mana-mana kod etika di atas.
- Tindakan Undang-Undang: Pihak Dynamind tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah dan menuntut ganti rugi sekiranya aktiviti ejen menyebabkan kerugian imej atau kewangan kepada pihak kami atau vendor pihak ketiga.
